Program Outreach Labour Grap Sarawak 2020
16 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2020, telah berlangsung Mini Karnival Kerjaya di Pi Kg Jerijeh sempena Program Outreach Labour Grap Sarawak 2020 . Pada program ini, peserta diberi peluang untuk menjalani temuduga secara fizikal dan alam maya (Online). Semasa program, YB Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Pembangunan Bandar & Alam sekitar Sarawak bersama Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, YBrs En Mazlan Abd Mutalib diiringi Pengarah Tenaga Kerja Sarawak dan Pegawai Daerah Tanjung Manis telah membuat lawatan ke dalam Pi untuk memantau proses temuduga peserta atas talian yang dijalankan.
Sesi temuduga ini berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Seramai lebih 10 peserta telah mendapat pekerjaan. Kunjungan tetamu turut diselitkan dengan tayangan KDB, Advokasi dan Kempen Bersuara Bukan Berbohong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: